Welcome to my world. Be nice here. Thank you. +Follow | Dashboard
Talking Note

For my beloved Mama
Thursday, 16 February 2012 | 07:59 | 0 comments

Hari niy 17 . 2 . 2012 dah masuk dua tahun arwah ayah pergi menghadap penciptanya dan sudah dua tahun kami menjalani hidup tanpa kehadiran ayah disisi seperti selalu sekarang kami cuma ada mama , mama yang tercinta . Dia lah mama dan dia lah ayah , dia lah yang bersusah payah , penat lelah menjaga kami selama dua tahun . Bermacam dugaan telah dilaluinya dari dahulu hingga sekarang . Sungguh ibuku seorang yang sangat tabah , Aku bangga kerana mempunyai seorang ibu yang sangat tabah menjalani ujian hidup yang berliku terlalu banyak dugaan yang telah dihadapinya mungkin saja aku tidak setabah dia . Ditinggalkan orang yang tersayang , berpenat lelah menjaga kami tiga beradik seorang diri . Sebelum ini semua penat lelah , suka duka dihadapi bersama , ayah lah tempat mama mengadu segala suka duka dan mamalah tempat ayah mengadu segalanya tapi sekarang semuanya harus ditanggung sendirian . Tiada tempat mengadu semuanya hanya disimpan di dalam hati selama bertahun tahun . Ketiadaan ayah sangat memberi kesan yang mendalam terhadap kami terutamanya mama , Dahulu bila balik kerja pergi kerja ataupun kemana-mana sahaja ayah lah yang memandu sebab mama tak berani nak bawak kereta , Tapi selepas ketiadaan ayah , mama terkontang kanting belajar bawak kereta untuk hantar kami adik-beradik pergi sekolah . Dan selepas ayah takde jugaklah kami mula bersikap memberontak , kononnya tak dapat menerima hakikat tiada ayah disisi , tapi aku terlupa yang mama lagi merasa kehilangan . Aku selalu keluar malam kadang kadang tak balik . Aku anak derhaka , selalu menderhaka kepada ibu yang sanggup berkorban nyawa demi melahirkan zuriatnya . Jika diingatkan masa dulu akulah orang yang paling menyesal kerana telah membuat ibu kandung ku sendiri selalu menitiskan air mata . Aku pernah tertendang dia dahalu kerana terlalu marah sebab apa aku tak pasti , aku juga pernah tidak mengakui bahawa aku adalah anaknya . Ya Allah derhaka sungguh aku . Tak layak aku terus hidup didunia ini selepas apa yang aku buat padanya . Keji sungguh aku . Tetapi disebabkan kasih sayang yang sangat mendalam oleh seorang ibu kepada anak kandungnya sendiri segala kesalahanku telah diampunkan . Aku malu , terlalu malu hendak menghadap mukanya terlalu malu kepada Allah . Bagaimana aku nanti ? Sudah terampunkah dosaku ? Sungguh aku malu dengan diri sendiri . Ya Allah kau lindungilah ibuku , kau berkatilah hidupnya , kau permudahkanlah jalannya , murahkan lah rezekinya , ampunkan lah segala dosa-dosanya tempatkanlah dia dikalangan orang-orang yang beriman . Amin ya rabbal alamin .
Selamat menjalani hari-hari yang seterusnya bersama kami mama . Along sentiasa mendoakan yang terbaik untuk mama . Semoga mama terus tabah menghadapi segala ujian dari Allah S.W.T.

Older Post | Newer Post
Disclaimer



Bonjour fellas! Thank you for your visit. Just sharing all my happiness and sadness through this ohsem blog. *wink

Navigations

Entries About Links

Tagboard



Put your shoutmix code here. The width must be 200px - 230px only.

Music Box





Credit